Monday, June 13, 2016

SELERA DI BENTONG

Lemang To'ki 


Lemang To'ki dimiliki oleh Mazlan Ramli. Dibuka dari 7.00 pagi sehingga 12.00 malam. Lemang To'ki ini merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi sekiranya melalui bandar Bentong. Suasana redup dengan dipayungi pokok-pokok besar dan dekorasi ala kampung menjadikan kedai To'Ki cukup selesa walaupun terletak berhadapan jalan utama. 


Sajian utamanya adalah lemang dan rendang. Setiap hari tidak kurang 150 batang lemang akan dibakar dan jumlah itu akan bertambah dua atau tiga kali ganda pada setiap hari Sabtu, Ahad serta cuti umum bagi menampung permintaan peminat lemang. Mula beroperasi pada tahun 2006, pada peringkat awal kedai Lemang To'ki hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi melihat penerimaan pelanggan terhadap lemangnya. Pada akhir 2011 kedai ini mula beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin. 

Durian House 


Bagi penggemar durian, anda boleh berkunjung ke Durian House Bentong yang dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 Malam. Terdapat pelbagai jenis durian yang dijual di sini seperti Musang King, D24, 101 dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.bentongdurianhouse.com atau hubungi 09-222 2181. 


Nangka Madu 

Pahang merupakan pengeluar terbesar nangka madu dan daerah Bentong merupakan daerah yang paling banyak mempunyai gerai nangka madu terutama sepanjang jalan Bentong-Raub. Nangka madu sering menjadi pilihan kerana tidak angin seperti nangka kampung.



Jenis nangka madu yang paling disukai ramai ialah J33 manakala yang terkini ialah Cj 3 yang juga dijadikan Kerepek Nangka jenama Lea Frito. Buah nangka madu semakin mendapat tempat kerana boleh beli yang sudah siap dikupas. Gerai nangka madu yang paling popular dan terkenal ialah gerai Nangka Madu 916, Bilut.